Monday, June 28, 2010

Tarian Melayu - Zapin


ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri sembilan. Ia diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

Lagu Melayu

http://www.youtube.com/watch?v=4mTkXNdXrKs
Nyanyian Serambi- Ramli Sarip
Lirik lagu-
Keluar pagi balik petang
Adakala sampai malam
Cari rezeki bawa pulang
Buat orang yang tersayang
Ooo bersabarlah
Wajahmu dimana mana
Senyum kasih mesra kasih
Cinta murni kan bersemi
Bersama ketulusan budi
ooo bersemilah
Lama kucarik rahsia kaseh
Rindu kaseh untuk berkaseh
Senang senang duduk di serambi
Senandung lagu puisi
Zikir zaman nyanyian zaman
Andai kasturi hilang harum
Mawar tak berkuntum
Cinta tak bersambung
Biar emas setinggi gunung
Kan ku peluk rimbun ampun
Rahmat yang Maha Agung..







Sunday, June 27, 2010

Budaya Melayu

Manusia adalah salah satu mahluk yang mempunyai bangsa dan budaya. Melayu adalah kaum utama di Malaysia. Bangsa Melayu telah lama wujud di sini sejak sekitar 3000 tahun sebelum Masehi.Budaya melayu adalah satu budaya yang cukup unik. Ia sangat berbeza dengan budaya-budaya yang lain. Masyarakat melayu mempunyai pelbagai cara untuk merapatkan perhubungan antara mereka. Masyarakat melayu juga menumpukan perhatian kepada kesenian dan budaya pada zaman dahulu.Dengan adanya benda-benda traditional seperti, pakaian(baju kurung, kebaya dan sonket),kueh-mueh dan masakan mengingatkan kami tentang sejarah melayu.Ada juga lagu-lagu yang menujukkan kebudayaan melayu dan juga bermakna.Salah satu lagu ialah lagu 'nyanyian serambi' yang dinyanyikan oleh ramli sarip.